SUBJEK BAHASA MELAYU TAHUN LIMA – LATIHAN

bahasa melayu, darjah lima

Assalamualaikum semua anak2 tahun 5 yang ustazah kasihi. Hari ini, isyaallah, ustazah ada sedikit penerangan bahasa melayu mengenai tajuk Pembinaan Ayat Tunggal secara video call. Ustazah baru pertama kali mengajar secara video call. Oleh itu, ustazah mohon maaf di atas sebarang kelemahan dari video tersebut.

Dalam video call tersebut, ustazah menerangkan berkenaan bagaimana ingin membina ayat tunggal. Antum semua boleh rujuk nota teknik pembinaan ayat yang telah kita pelajari sebelum ini, iaitu teknik S.A.L.A.M, teknik S.A.L.A.K dan teknik S.K.O.P untuk menguatkan kefahaman antum.

Hari ini juga, ustazah telah sediakan latihan Bahasa Melayu kertas 1, iaitu berkaitan pemahaman. Sila baca petikan dengan baik dan cuba jawab 5 soalan berkaitan petikan. melalui video

PEMAHAMAN PETIKAN FAKTA

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Kegiatan kokurikulum dijalankan di semua sekolah. Kegiatan kokurikulum bermaksud
aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah. Semua murid diwajibkan menyertainya. Ada tiga jenis
aktiviti yang dijalankan iaitu kelab, permainan dan unit beruniform.

Dengan menyertai kegiatan-kegiatan ini murid-murid akan memperoleh banyak faedah.
Anataranya, murid-murid dapat menambah ilmu pengetahuan. Contohnya, melalui pengakap
murid-murid akan belajar jenis-jenis ikatan, cara mendirikan khemah dan sebagainya.

Seterusnya kegiatan ini dapat mengelakkan diri murid-murid daripada membuang masa
dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah. Contohnya melepak, merayau-rayau, bergaul dengan
budak-budak nakal dan sebagainya.

Tidak ketinggalan juga semasa menjalani aktiviti kokurikulum murid-murid boleh
berbincang dan bertukar-tukar fikiran tentang aktiviti yang dijalankan. Dengan itu dapat
mengeratkan tali persahabatan.

Di samping itu murid-murid akan memperoleh sijil penyertaan bagi unit-unit yang
disertai. Sijil penyertaan ini sangat berguna apabila murid-murid memohon memasuki sekolah
berasrama atau universiti.

Itulah antara faedah murid-murid menyertai kegiatan kokurikulum. Oleh itu, muird-murid
digalakkan menyertainya.

——————————————————————–

1 Apakah kegiatan yang diwajibkan di sekolah-sekolah?

A Pengakap
B Kurikulum
C Permainan
D Kokurikulum

 

2 Perkataan mengeratkan dalam petikan di atas bermaksud

A mengikatkan
B meningkatkan
C mengukuhkan
D mendekatkan

 

3 Mengapakah murid-murid tidak digalakkan mensia-siakan masa?

A Supaya murid-murid disayangi guru-guru
B Supaya prestasi pelajaran tidak merosot
C Supaya terhindar daripada perlakuan negatif
D Supaya senang memasuki sekolah berasrama

 

4 Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah terbahagi kepada …

A tiga jenis.
B empat jenis.
C lima jenis.
D enam jenis.

 

5 Pilih pernyataan yang tidak benar.

A Aktiviti kokurikulum dimestikan kepada semua murid
B Melalui permainan murid-murid dapat melapangkan fikiran
C Aktiviti pengakap dapat melatih murid-murid hidup berdikari
D Sijil kokurikulum menjamin murid melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *